Flashback seketika

Semua orang pernah melalui zaman kanak2...kalau difikir2 kan mesti best kan...rasa macam nak kembali kezaman tu jer....tak payah nak pikir pasal kerja, main jer...rasanya banyak jugak permainan ala kuno yg penah aku main dulu macam
1. Konda-kondi
2. Congkak
3. Polis entry
4. Main sorok2
5. Main perang2
6. Rounders
7. Baling selipar
8. Baling Tin
9. Gasing Pangkah
10. Main Kejar2
11. Main senapang
12. lastik
13. Main pondok2
14. Main masak2
15. Galah Panjang
16. Tiup Getah
17. Tepuk daun terup
18. Main Teng2
19. Kejar2 dalam air
20. Getah Lipan
Huh banyak lagi, kalau nak disenaraikan mau tak cukup space blog nih. tapi itulah kenangan kan. selalunya tanpa kita sedari permainan2 inilah yang mematangkan kita. Dari sinilah kita kenal erti persahabatan, kenal erti setiakawan disamping dapat ramai kawan.

Cuba kita fikir sejenak, berapa ramai budak2 generasi sekarang yang tahu macamana nak main konda kondi, nak main Galah Panjang dan mainan2 lain yg dulunya kebanyakan kita main. mesti kalau kita cakap diaorang kata semua tu dah ketinggalan zaman.

Kepada sesiapa yang pernah melalui zaman2 kuno dulu fikirkan lah sejenak.....adakah kita harus terus lena dibuat segala macam permainan zaman sekarang atau cuba menghidupkan semula permainan2 kuno ini.....biarlah anak2 kita tahu apa itu galah panjang, apa itu konda kondi dan sebagainya......

Ingatlah persahabatan sukar dibentuk melalui PS3, Snooker dan segala macam permainan zaman sekarang.....Hidupkanlah suasana membesar dengan cara kehidupan kampung kerana anak2 kampung lebih survive dan punyai jati diri yg kuat....

Apa pendapat anda?????????????????

0 Comments:

Post a Comment