Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda perlu membuat sesuatu keputusan yang akan melibatkan perasaan semua orang???.....mesti ada yang pernah mengalami situasi begitu kan??...macamana anda menghadapinya?... berjayakah anda menghadapinya??...mmm bukan apa aku pun dlm sehari dua nih mengalami perkara yang sama.. terlalu banyak perkara yang memerlukan aku membuat keputusan..keputusan yang melibatkan perasaan semua orang...kekadang tu rasa macam letih..letih memikirkan semua nih..

Bila difikirkan balik, kenapa semua perkara tu datang serentak...then nak kena buat keputusan + banyak datangkan masalah..pening jugak nak pikir semua nih....kalau tak melibatkan orang lain takpe..yer lah kalau masalah kita sendiri macam tak cukup duit ker apa ke yang tu ok sebab kita je susah dan tanggung tapi ia bila melibatkan orang lain ooooooo Allah saja yang tahu..
"KEPUTUSAN MEMANG SATU PERKATAAN YANG MUDAH UNTUK DIUNGKAPKAN TETAPI AMAT SUKAR UNTUK DIBUAT"

Kekadang tuh rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan cara hidup aku sekarang nih. bila nak minta tolong orang terdekat macam-macam alasan yang dia bagi...macam taknak tolong je.....nampaknya kena selesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain..nak marah pun tak guna jugak sebab diaorang tu bukan orang lain keluarga aku jugak...nanti kalau banyak sangat cakap takut tersinggung perasaan orang lain pulak dan lain pulak jadinya..."mmm kenapalah aku se-lemah ini......kenapalah aku ni jenis nak sangat jaga hati orang lain sedangkan hati sendiri hancur......kenapalah aku tak punyai hati kering..selamba je buat keputusan tanpa mengira perasaan orang lain. Kenapa......................................."

Nak-taknak kena lah jugak aku pendam je rasa tak puas hati ni kat diaorang...tengok sampai tahap mana aku boleh bertahan
.. Adakalanya kita perlu kurang bercakap untuk elak daripada berlakunya banyak pertelingkahan...pengalaman telah banyak mengajar aku erti kehidupan...pengalaman jugak telah banyak mengubah cara hidup ku...

Aku memohon kehadrat Ilahi agar diberikan petunjuk dan ketenangan dalam mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah yang aku hadapi ini......berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan harini dan hari2 seterusnya....Jadikanlah aku insan yang tabah, tabah dalam menghadapi segala dugaanmu.....Aku juga memohon agar suatu hari nanti akan hadir sinar kegembiraan buat diriku, keluargaku dan semua yang hampir denganku.

Amin....................
DD77 "sometimes decision will create more problem"

Semua orang pernah melalui zaman kanak2...kalau difikir2 kan mesti best kan...rasa macam nak kembali kezaman tu jer....tak payah nak pikir pasal kerja, main jer...rasanya banyak jugak permainan ala kuno yg penah aku main dulu macam
1. Konda-kondi
2. Congkak
3. Polis entry
4. Main sorok2
5. Main perang2
6. Rounders
7. Baling selipar
8. Baling Tin
9. Gasing Pangkah
10. Main Kejar2
11. Main senapang
12. lastik
13. Main pondok2
14. Main masak2
15. Galah Panjang
16. Tiup Getah
17. Tepuk daun terup
18. Main Teng2
19. Kejar2 dalam air
20. Getah Lipan
Huh banyak lagi, kalau nak disenaraikan mau tak cukup space blog nih. tapi itulah kenangan kan. selalunya tanpa kita sedari permainan2 inilah yang mematangkan kita. Dari sinilah kita kenal erti persahabatan, kenal erti setiakawan disamping dapat ramai kawan.

Cuba kita fikir sejenak, berapa ramai budak2 generasi sekarang yang tahu macamana nak main konda kondi, nak main Galah Panjang dan mainan2 lain yg dulunya kebanyakan kita main. mesti kalau kita cakap diaorang kata semua tu dah ketinggalan zaman.

Kepada sesiapa yang pernah melalui zaman2 kuno dulu fikirkan lah sejenak.....adakah kita harus terus lena dibuat segala macam permainan zaman sekarang atau cuba menghidupkan semula permainan2 kuno ini.....biarlah anak2 kita tahu apa itu galah panjang, apa itu konda kondi dan sebagainya......

Ingatlah persahabatan sukar dibentuk melalui PS3, Snooker dan segala macam permainan zaman sekarang.....Hidupkanlah suasana membesar dengan cara kehidupan kampung kerana anak2 kampung lebih survive dan punyai jati diri yg kuat....

Apa pendapat anda?????????????????




Kisahnya.....Minggu ni adalah minggu pertama aku ditempat baru, mmm nak cakap seronok sangat pun setakat nih tak jugak..meeting/discussion jer alih2 dah nak sampai hari jumaat...kat tempat baru nih boleh dikatakan 95% perempuan...bayangkan bila meeting aku sorang jer lelaki mmmm macam kureng jer..rasanya lama jugak boleh nak dapat mood kat tempat baru nih...
Dlm beberapa hari nih rasa macam rutin hampir berubah....tapi crime time (8am/ 1pm/ 4pm) kena maintain jugak...Isnin/Selasa & Khamis kena cuba balik cepat jugak...ooooo itu masa tak boleh curi ooooo...


Duduk kat dlm cubik nih rasa macam duduk dlm gua jer..sengsorang....nak borak kena pegi menyinggah kat mana2 meja...mmmmm macam x best. but nak buat macamana kenalah terima jugak.....setiap sesuatu tu mesti ada hikmahnya...cuma perlukan masa saja untuk sesuaikan diri dng keadaan kat sini. Nasib baik tukar duduk kat area pintu taklah rasa macam terlalu ceruk rantau....
Harap minggu hadapan dan minggu2 seterusnya akan lebih baik, Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita...Allah juga tidak memberatkan seseoarang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya...yang penting aku perlu terus cuba dan cuba untuk mengubah sesuatu daripada baik kepada yang lebih baik..

DD77

Nukilan untuk Ibu





Pentingnya Kelopak itu

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Ingat mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Kini mawar itu memohon bantuan mu,
Siramilah ia dengan kasih sayang,
Bajailah ia dengan tawa riang
Agar mawar kembali mekar.

Ingatlah ibu umpama pelita yang menerangi kegelapan, jangan kita terlalu gembira dibuai arus dunia hingga kita lupa akan tanggungjawab kita terhadap seorang insan yang bergelar Ibu..
Tanpanya tiadalah kita didunia ini, tanpa pengorbanan-nya tiadalah kita seperti hari ini. betapa besarnya jasa seorang Ibu. Jagalah ia sedaya upaya kita. janganlah terlalu berpuashati terhadap apa yang telah kita lakukan kepada Ibu kita. sesungguhnya kita tidak dapat membalas jasa Ibu kita walaupun sehingga akhir hayat kita.

Ibu, nama seorang insan yang lembut perilakunya tetapi sangat kuat semangatnya. dia yang membesarkan kita. layanilah Ibu mu selagi dia masih berada didunia ini, berbaktilah kepadanya. Jangan anda menyesal dikemudian hari kerana tidak berbakti kepada Ibu mu....

Kepada para Ibu yang telah meninggalkan kita iringilah doa dah Al-fatihah agar mereka dicucuri Rahman dari yang maha Esa.

Selamat Hari Ibu...Ibu Pengorbananmu tidak dapat aku balas.


Harini letih sangat dari pagi sampai ke petang meeting memanjang jer, penat tu memang lah penah tapi nak buat macamana redah aje lah, nasib baik bila balik dapat gak tengok muka anak hilang lah sikit rasa letih..memang betul apa orang cakap kalau letih macamanapun kita ditempat kerja bila tengok je muka anak terus hilang semua penat..Anak adalah anugerah yang tidak ternilai harganya...dialah pengubat hati dikala luka....

Petang lepas je abis keja terus pegi stadium badminton kuala lumpur biasalah lepaskan gian sebab dah lama sangat tak main badminton...gila jauh rasanya pegi sana, tapi sebab minat punya pasal selamba jer pegi...nasib baik ramai gak yang main...mmmm kalau tak mahu mengamuk dibuatnya..alih2 terus kena main untuk kelab metro...siap masuk tournement lagi..tu sumer lah tuh...ingat nak main sesaja jer...

mmm semua yang berlaku harini memang dan ketentuan...aku redha dan pasrah
harap esok lebih baik dari hari ini dan seharusnya begitu untuk hari yang berikutnya...

Amin

GetARAN JiWa.....




Alamak kenapa lah hari ni rasa macam tak ada mood jer..banyak sangat benda yg happened dalam satu masa..tak tahu which one yang nak kena pickup dulu...something happened to me....kena pegi bercuti kot...."unexpected" yang buatkan aku rasa macamnie.....

Sudah bersediakah aku???? biarlah masa yang menentukan segalanya..lepas nih tak berapa happeninglah......boring pun yer jugak... pening jangan cakap lah....sapalah agaknya org yg gila2 kat atas tuh...

Semuanya nanti bakal akan jadi kenangan....to be like this lagi agaknya mungkin............hahahahah