Nukilan untuk Ibu





Pentingnya Kelopak itu

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Ingat mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Kini mawar itu memohon bantuan mu,
Siramilah ia dengan kasih sayang,
Bajailah ia dengan tawa riang
Agar mawar kembali mekar.

Ingatlah ibu umpama pelita yang menerangi kegelapan, jangan kita terlalu gembira dibuai arus dunia hingga kita lupa akan tanggungjawab kita terhadap seorang insan yang bergelar Ibu..
Tanpanya tiadalah kita didunia ini, tanpa pengorbanan-nya tiadalah kita seperti hari ini. betapa besarnya jasa seorang Ibu. Jagalah ia sedaya upaya kita. janganlah terlalu berpuashati terhadap apa yang telah kita lakukan kepada Ibu kita. sesungguhnya kita tidak dapat membalas jasa Ibu kita walaupun sehingga akhir hayat kita.

Ibu, nama seorang insan yang lembut perilakunya tetapi sangat kuat semangatnya. dia yang membesarkan kita. layanilah Ibu mu selagi dia masih berada didunia ini, berbaktilah kepadanya. Jangan anda menyesal dikemudian hari kerana tidak berbakti kepada Ibu mu....

Kepada para Ibu yang telah meninggalkan kita iringilah doa dah Al-fatihah agar mereka dicucuri Rahman dari yang maha Esa.

Selamat Hari Ibu...Ibu Pengorbananmu tidak dapat aku balas.


1 Comment:

  1. mariam said...
    ish..ish..
    manager yang creative....

Post a Comment